Bagi Muslimah, keperluan memakai telekung ketika solat adalah penting.
Telekung merupakan satu perkara yang penting dalam hidup bagi seorang Muslimah.
Ia digunakan sekurang-kurangnya lima kali sehari untuk menghadap Allah SWT.
Secara amnya, syarat sah solat bagi perempuan adalah menutup aurat seluruh badan sehingga menutupi kaki kecuali tapak tangan dan muka.
Ianya menjadi kebiasaan dan tradisi di Nusantara, termasuk Malaysia. Bagi wanita, mengenakan pakaian ini setiap kali mendirikan solat adalah satu kemestian.
Tidak salah untuk berhias dan memilih pakaian yang cantik serta berwarna-warni. Semestinya, pemilihan pakaian yang selesa dan sejuk akan menjadi pendorong untuk mengerjakan ibadat yang berkualiti.
Kegunaan telekung
Secara amnya ia adalah pakaian solat buat wanita Muslimah. Seperti yang kita tahu, menutup aurat seluruh tubuh merupakan syarat sah solat bagi wanita.
Terdapat dua jenis kain selubung yang digunakan.
Yang pertama merujuk pada kain yang menutupi kepala sehingga leher dan labuh menutup dada.
Manakala yang kedua ia yang menutupi badan dan labuh sehingga menutupi kedua-dua kaki.
Kini pemakaian tidak terhad kepada individu sahaja.
Ia juga sering dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang. Sebagai contoh, hadiah untuk ibu, isteri, mahupun dihias indah sebagai hantaran perkahwinan.
Berhias untuk beribadah adalah harus di sisi Islam. Pemilihan warna juga terpulang pada individu.
Namun, ramai wanita yang menggunakan telekung berwarna putih sebagai menyahut sunnah Nabi Muhammad yang menyukai pakaian warna putih.
Kelebihan telekung al-Kauthar
Kebelakangan ini, produk al-Kauthar sering mencuri perhatian ramai.
Dengan koleksi pakaian Muslimah yang eksklusif dan elegan, al-Kauthar menawarkan telekung yang berkualiti tinggi. Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
Pilihan warna putih sebagai tema
telekung al-kauthar
Menampilkan konsep yang lain daripada yang lain, al-Kauthar mengekalkan warna putih sebagai tema koleksi telekung.
Ia melambangkan kesucian dan ketulusan dalam beribadah. Sesuai bagi anda yang gemarkan warna putih sebagai warna pilihan.
Fabrik berkualiti tinggi
Pakaian bersolat ini dihasilkan daripada kain cotton yang berkualiti tinggi.
Kainnyayang ringan dan sejuk pasti memberikan keselesaan berpanjangan kepada si pemakai. Secara tidak langsung, menaikkan motivasi anda untuk beribadah.
Didatangkan dalam pelbagai saiz
Koleksi al-Kauthar didatangkan dalam pelbagai saiz.
Anda akan mendapati kainnya labuh. Potongan bentuk muka bersesuaian dengan si pemakai. Bahagian muka yang kemas menyenangkan anda.
Dihiasi renda kerawang
Bahagian hujung kainnya dihiasi dengan renda kerawang berwarna putih. Ia menjadikannya lebih cantik untuk dipakai.
Pelbagai rekaan
Terdapat pelbagai rekaan ditawarkan dalam koleksi pakaian solat wanita al-Kauthar.
Jika anda kurang berminat dengan renda, anda boleh memilih telekung minimalis yang lebih simple rekaannya.
Terdapat telekung yang direka dengan poket tersembunyi.
Ia sangat sesuai bagi menyimpan barang berharga seperti telefon, duit dan kunci, ketika anda solat di masjid. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang berlaku kecurian semasa beribadah.
Apa kata pengguna-pengguna Al-Kauthar
Ramai wanita telah mencuba telekung al-Kauthar. Rata-rata menyatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan telekung ini.
Berikut adalah sebahagian maklum balas pengguna:
“Alhamdulillah jumpa al-Kauthar! Kemas di muka, tidak jarang dan paling penting selesa rasa nak berlama-lama dalam busana solat ini.”
“Saya amat berpuas hati dgn telekung Al-Kauthar kerana kainnya sungguh berkualiti tinggi dengan jahitan yang kemas dan cantik.”
“Bahagian muka dan dagu rasa kemas, lapik dalam lebih labuh. Tak perlu lagi pakai anak tudung. Pendek kata tak perlu rasa was-was dengan al-Kauthar.”
Dapatkan Telekung al-Kauthar hari ini
Anda boleh dapatkan telekung berkualiti tinggi dari al-Kauthar dengan harga yang berpatutan.
Selain dari penggunaan sendiri, ia juga sesuai dijadikan hadiah buat keluarga, teman dan yang tersayang.